๐— aritim Kedah, Perlis gagalkan cubaan seludup RM๐Ÿญ๐Ÿญ.๐Ÿฏ juta syabu

๐— aritim Kedah, Perlis gagalkan cubaan seludup RM๐Ÿญ๐Ÿญ.๐Ÿฏ juta syabu

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ – Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis Syabu seberat lebih kurang 56.5kg dianggarkan bernilai RM 11.3 juta dalam โ€˜Op Eagle Eyeโ€™ di kedudukan 2.3 batu nautika timur laut Tanjung Kemarong dekat sini pada Jumaat 25 September 2020 lepas.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata ketulan syabu yang diletakkan dalam dua beg hitam cuba diseludup dari negara jiran menerusi perairan Langkawi sebagai transit yang disyaki untuk dihantar ke luar negara.

Hasil maklumat risikan dan pemantauan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi pada hari Jumaat jam lebih kurang 1.00 pagi, Bot Maritim Malaysia berjaya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah bot kayu bersama dua suspek dari arah sempadan negara jiran melalui perairan berhampiran Tanjung Kemarong.

Bot suspek bertindak memecut lari apabila menyedari Bot Kilat sedang menghampiri mereka.

Dalam usaha melepaskan diri, bot kayu itu beberapa kali cuba merempuh Bot Kilat yang mengejar mereka selama hampir 40 minit sebelum dua suspek bertindak nekad terjun ke laut.

Sejurus Bot Maritim Malaysia berjaya merapat dan menghentikan bot suspek, dua beg hitam dijumpai disorok di bawah pukat di haluan hadapan bot dan pemeriksaan lanjut mendapati beg-beg tersebut mengandungi 51 bungkusan teh cina dibaluti plastik lut sinar mampat yang mengandungi hablur warna putih yang disyaki dadah jenis syabu.

Operasi Carilamat diaktifkan selepas usaha kru Bot Maritim Malaysia mencari dua suspek yang terjun ke laut tidak berjaya ditemui akibat cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora ketika kejadian.

Sehingga hari ini Op Carilamat masih diteruskan dan pasukan SAR belum menemui sebarang petunjuk.

Jelas beliau lagi modus operandi sindiket penyeludupan dadah ini telah dapat dihidu berikutan kejayaan rampasan ganja yang ditemui terapung di laut yang bernilai RM 1.6 juta pada 3 September lalu yang mana mereka cuba mengubah modus operandi dengan menggunakan bot nelayan kelas A bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kejayaan mematahkan cubaan menyeludup syabu dalam kejadian ini merupakan rampasan dadah terbesar bagi Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah jenis Syabu dan Ganja bernilai RM14.4 juta.

Kesemua syabu dan bot suspek dibawa ke Jeti MNKP di Bukit Malut dan diserah kepada pegawai penyiasat MNKP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis akan terus komited memburu untuk membanteras jenayah sindiket penyeludupan dadah terutama yang melibatkan jenayah rentas sempadan agar aktiviti haram ini dapat dihapuskan secara menyeluruh dari memasuki negara.

Justeru itu, kerjasama daripada komuniti maritim amat diperlukan untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang aduan berkaitan aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5307.

Aset-aset Maritim Malaysia ketika ini masih terus terlibat di dalam Op Benteng dengan jumlah aset sepertimana yang diarahkan bagi mengekang kemasukan migran ke negara ini melalui pintu masuk sempadan yang tidak diwartakan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *