Permohonan KISS bagai pisang goreng panas: Ahli Dewan Negeri Rawang
December 22, 2017 0 By WFTVProgram Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang memfokuskan golongan ibu, di negeri ini terus mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat.
Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga kini lebih 700 permohonan KISS sudah diterima, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Kami sasarkan 1,000 permohonan bakal diterima sehingga hujung tahun ini.
“Setiap hari Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang menerima kunjungan daripada komuniti setempat untuk memohon KISS,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, setiap permohonan KISS akan menjalani proses tapisan sebelum diluluskan, sama ada layak atau tidak untuk menerima skim terbabit.
Full Link: SelangorKini
Related
About The Author
Journalist, writer, anti-war activist now entering the danger zone of criticizing all and sundry!