Terima Kasih Dr Mahathir!

Negara mesti ‘berterima kasih’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas apa yang telah dilakukannya kepada Anwar Ibrahim.

Orang ramai mesti berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana dia telah menafikan Anwar haknya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 dan 2020.

Dia telah memasukkannya ke dalam penjara atas fitnah yang dahsyat kerana kononnya Anwar adalah orang gila seks.

Tuduhan hanyalah untuk menyembunyikan muslihat politik untuk melenyapkan segala kemungkinan cabaran yang dihadapi oleh Dr Mahathir sebagai PM.

Namun, semua ini tidak melemahkan Anwar melainkan memperkuatkannya secara politik, rohani dan di peringkat kacamata global.

Ingatlah bagaimana Gerakan Reformasi dilahirkan dari semua ini, seruan reformasi oleh orang-orang yang muak dengan golongan elit korup yang berkuasa.

Rakyat benci dengan kleptokrat yang mengeksploitasi kekayaan negara untuk kepentingan diri mereka sendiri sejak kemerdekaan lagi.

BETAPA JAUH PERJALANAN REFORMASI

22 tahun berlalu untuk Gerakan Reformasi berjaya menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO melalui cara demokrasi yang aman.

Mahathir sebagai oportunis membawa kumpulannya untuk bergabung dengan Gerakan Reformasi. Dia bertemu Anwar di mahkamah dalam apa yang dianggap sebagai penyesalan atas kesalahannya di masa lalu.

Dr Mahathir meminta persetujuan Anwar untuk membolehkannya bergabung dengan Keadilan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tetapi itu semua untuk dia meraih keuntungannya sendiri, bukan untuk kebaikan negara atau rakyat.

Seperti diduga, dengan sifat Anwar yang mudah memaafkab, Mahathir telah diterima ke dalam gerakan Reformasi.

Tujuannya adalah untuk bergabung menggembleng kekuatan untuk menjatuhkan rejim Najib Razak yang sangat korup.

Gerakan Reformasi yang muncual sebagai gabungan parti yang dikenali sebagai Pakatan Harapan memenangi pilihan raya PRU 14. Tetapi Anwar masih meratap di penjara.

Telah diputuskan dan dimuktamadkan dalam perjanjian bertulis bahawa Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sementara sehinggalah diganti dengan Anwar Ibrahim. Sementara itu, Anwar akan melalui proses pengampunan Diraja dari YDPA.

POLITIK MACHIAVELLI

Semua itu adalah sejarah. Warna sebenar Mahathir terdedah setelah dia berkuasa.

Mengamal politik Machiavelli, negarawan tua ini terbukti seorang haiwan politik tanpa rasa malu atau menyesal.

Dia mengingkari semua janjinya dan mengorak langkah bagi menyekat kemaraan Anwar. Sejarah akan mencatat bagaimana Mahathir menghancurkan peluang Anwar menjadi PM.

Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri demi mencapai matlamat politik celarunya terhadap Anwar.

Tetapi bagi mereka yang percaya kepada Tuhan, mereka tahu bahawa Mahathir bukan Tuhan!

Dia boleh merancang mengikut kehendaknya. Tetapi Tuhan menentukan. Itulah yang berlaku sekarang.

Setelah melalui semua cubaan dan penderitaan berat , Anwar kini seorang ahli politik yang cukup berpengalaman. Anwar telah diiuji secara melampau di mana tidak ada ahli politik lain yang berani melaluinya. Anwar disayangi oleh seluruh rakyat kecuali mereka yang mempunyai kepentingan diri.

Anwar Ibrahim kini bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara!

PILIHAN HANYA ANWAR

Walau apa pun orang berpendapat sama ada Anwar mempunyai jumlah bilangan MP atau adakah pemerintah harus diganti, marilah kita mempertimbangkannya.

Sekiranya ada sesuatu yang menimpa Muhyiddin, menurut anda siapa yang akan dapat menyelamatkan negara dari jurang?

Siapa yang mempunyai semua kualiti yang diperlukan untuk membawa negara tercinta ini ke masa depan yang lebih cerah? Ini adalah sebuah negara yang mempunyai masa lalu yang gemilang.

Bolehkah Shafie Apdal, Azmin Ali, Zahid Hamidi, Najib Razak, Hishamuddin Hussein atau Mahathir melakukannya?

Apabila Mahathir diberi peluang pada 2018, dia mensia-siakannya pada tahun 2020. Tokoh-tokoh politik lain sama ada berkuasa atau kini dalam pembangkang. Mereka juga mempunyai peluang. Tetapi mereka tidak berjaya.

Sejujurnya, kita tidak melihat mana-mana ahli politik ini layak untuk jawatan Perdana Menteri, kecuali Anwar Ibrahim.

Kita memerlukan Malaysia Baru, yang bersatu padu dalam arti sebenarnya, menerima semua orang sebagai warga negara, bebas dari barah perkauman dan kepelampauan agama.

Demi masa depan negara tercinta ini, Anwar harus diangkat agar mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Dan jangan lupa, ucapkan terima kasih kepada Mahathir atas apa yang telah dilakukannya kepada Anwar. Juga kepada negara.

Sudah tiba masanya Dr Mahathir berehat lama dan menikmati kemanisan kerjanya. Kita idamkan Malaysia tanpa Dr Mahathir.

Terima kasih Dr Mahathir!

About the author

Leave a Reply