Categories: Top News

ABIM gesa pemimpin fokus isu rakyat, bukan buli mahasiswa

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ahli Parlimen Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri memohon maaf secara terbuka berikutan kenyataan mereka yang berkeras mempertahankan dakwaan bahawa Youtuber Veveonah Mosibin menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok – menerusi videonya yang tular.

ABIM juga menyeru agar pihak Kerajaan memberikan fokus kepada isu asal iaitu pembangunan infrastruktur pendukung jaringan internet yang sememangnya lemah di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Sri Micheal Manyin Jawong dalam kenyataan media pada 11 Jun 2020 sendiri menyatakan bahawa, kurang 50% pelajar mempunyai akses internet di Sarawak untuk pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP).

Sementelah, ABIM menegaskan bahawa kepayahan yang dialami oleh golongan mahasiswa adalah hakikat, dan bukannya dibuat-buat. Demi mendapatkan segulung ijazah yang sebenar — bukan ijazah yang dibeli atau dipertikaikan legitimasinya; Mereka terpaksa melalui pelbagai dugaan sepanjang bergelar mahasiswa.

ABIM juga menyeru agar segala bentuk buli siber khususnya ke atas Veveonah dihentikan, apatah lagi terkait dengan ahli Parlimen dan Timbalan Menteri yang melawan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun. Ini bukan sahaja memalukan diri sendiri dan kredibiliti kabinet kerajaan, malah menjatuhkan maruah diri dan keluarga remaja ini, termasuk kampus yang mana tempat beliau belajar tercalar teruk disebabkan serangan ini.

Justeru, ABIM mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Kementerian Belia dan Sukan; selain Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersuara bagi membela dan menyatakan pendirian dalam isu ini ABIM juga menegaskan bahawa para pemimpin serta ahli politik perlu komited dengan sikap dan prinsip kepimpinan melalui teladan dalam melawan berita palsu serta buli siber. Dapat berita, kaji. Tak pasti, jangan kongsi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

WFTV

Recent Posts

RCEP Came At A Good Time

After the upsets with the South China Sea disputes, we now have certain normalcy, which…

20 hours ago

US Popularity In The Asean region

In Vietnam, the sentiments can be different because they see the Chinese encroachments in the…

6 days ago

New Views On Asean Plus Three and China

Asean plus three is still important for the Asean but with China's dominance, so to…

6 days ago

Egypt: Climate Action Can Strengthen Long-Term Growth

The report talks a lot about climate action and highlights the increasing unpredictability of the…

2 weeks ago

Do We Know What Is In Mahathir’s Game Plan?

Mahathir now finds himself alone after botched ‘talks’ with both the Pakatan Harapan and the…

2 weeks ago

Man Quits Poll With Message From the Grave

During the nomination day for GE15 (Saturday 5 Nov), the celebrity Diva AA, gathered the…

2 weeks ago