Categories: Top News

ABIM: Pilihanraya mengejut akan menyusahkan rakyat

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Angkatan Belia Islam Malaysia tolak cadangan Pilihan Raya Umum secara mengejut (snap election).

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Abim menegaskan PRU akan menyusahkan rakyat.

PRU bukan jalan untuk keluar dari kemelut politik yang melanda, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden, ABIM berkata.

ABIM menegaskan dalam situasi rakyat bersama pejuang Barisan Hadapan yang kini bersusah payah memerangi penularan wabak Covid-19 adalah suatu yang tidak bertanggungjawab untuk diadakan pilihan raya secara mengejut.

Situasi peningkatan mendadak jumlah kes serta kluster baharu ekoran dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini sudah cukup menggambarkan bagaimana kesan buruk yang menimpa rakyat yang menyebabkan berlakunya sentimen kebencian rakyat terhadap pemimpin politik.

Pada 18 hari dalam bulan Oktober sahaja, peningkatan hampir 50% kes Covid-19 baharu dan mencecah melebihi 20 ribu orang terjangkit.

Maka, situasi yang lebih buruk akan berlaku jika Pilihan Raya Umum diadakan di seluruh negara.

ABIM memuji sikap berlapang dada pemimpin politik yang enggan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Parlimen Batu Sapi sebagai jalan untuk memberikan calon parti penyandang memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Ia satu sikap baik dan bertanggungjawab sebagai menyedari kesan besar yang akan berlaku kepada rakyat jika pilihan raya diadakan.

Namun, rasa kebertanggungjawapan ini harus diteruskan secara konsisten dengan memastikan tidak ada sebarang Pilihan Raya mengejut diadakan agar keselamatan dan kebajikan rakyat akan sentiasa dipertahankan.

Sepatutnya mana-mana pihak yang menginginkan pilihan raya mengejut ini mengotakan janji mengutamakan rakyat serta tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa akibat dari kegagalan mereka menguruskan urusan politik dengan baik.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

WFTV

Recent Posts

APEC: China’s Return To The Global Supply Chains

The question to ask is whether there are one too many free trade agreements around…

2 days ago

RCEP Came At A Good Time

After the upsets with the South China Sea disputes, we now have certain normalcy, which…

3 days ago

US Popularity In The Asean region

In Vietnam, the sentiments can be different because they see the Chinese encroachments in the…

1 week ago

New Views On Asean Plus Three and China

Asean plus three is still important for the Asean but with China's dominance, so to…

1 week ago

Egypt: Climate Action Can Strengthen Long-Term Growth

The report talks a lot about climate action and highlights the increasing unpredictability of the…

2 weeks ago

Do We Know What Is In Mahathir’s Game Plan?

Mahathir now finds himself alone after botched ‘talks’ with both the Pakatan Harapan and the…

3 weeks ago