Advertisement

[ccpw id="1123"]

SearchBusinessNewsMy







GlobeNewswire

[gnw url="https://rss.globenewswire.com/WpFeed/Language/en/content/Fulltext/industry/9000/max/9"]

Advertisement





Archives
Inilah kawan baik OT95 – Gambar: Facebook
Dalam mesej bertajuk "DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA" seorang 
netizen memberitahu PH mengapa mereka harus melupakan Dr Mahathir Mohamad.

Saya rasa tidak perlu untuk sesiapa pun dari PH membuka cerita memberi harapan dan peluang kepada OT95 walaupun untuk dia mainkan peranan apa sekali pun.

Kenyatan berupa padangan ikhlas daripada Dr Dzulkifly Ahmad yang memberi tahu OT95 boleh berperanan dalam PH rasanya tidak perlu disebut kenang lagi. Cukuplah, riawayat politiknya perlu dihabisi.

Dzulkify menarik perhatian itu dalam satu temuramah dengan sebuah portal.

Walaupun dia boleh memainkan peranan penting, tetapi dengan melibatkannya menyebabkan luka lama akan berdarah kembali.

Jadi usahlah Dr Dzulkifly cuba pipihkan lada kepada burung yang memang pelahap. Jangan lada tersambar jari pula yang terluka.

Dzulkifly kata OT95 tidak lagi calon PM dalam p raya ke 15 tetapi tidak menolak dia boleh dilantik jadi menteri mentor, tak payahlah, PH tidak perlu kepada mentor mante cukup berdiri dengan sendiri. Bagi saya lebih baik ajak Najib Razak untuk bersama berbanding dengan OT95.

Dia manusia yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan lagi.

Maaflah, biarpun PH menang kalau dengan pertolongannya, tetapi bagi saya kemenangan itu tetap tidak halal, lebih baik seribu kalah daripada menang dengan pertolongannya. Cukuplah untuk jadi bodoh dua kali jangan sampai berkali kali.

Minta kepada mana mana pihak dalam PH usah bercakap dan mahu bergantung harap kepada OT95 lagi.

Percaya dan yakinlah, peluang dan nasib baik kepada seseorang itu tidak akan berulang sampai tiga kali. Sebaik baik tindakan kuburkan sahaja pengharapan dan rasa penyanjungan tinggi kepada orang seperti itu. Jangan kerana dia lantik kita jadi menteri kita terus bersujud sawi kepadanya. Hormat dan sanjung ada batas mentaranya.

Dzulkifly pula jangan anda cuba menjadikan diri anda seperti Lid Lid Gun ataupun macam orang-orang lain. Lebih baik percaya kepada diri sendiri daripada percaya kepada orang lain terutamanya seperti OT95.

Source: WhatsApp Group.

By WFTV

Leave a Reply