Categories: Top News

MPC terima anugerah khas dari Perdasama Selangor

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

SELANGORPETALING JAYA, 17 Ogos (Bernama) — Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerima Anugerah Khas sempena Mesyuarat Agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Selangor, baru-baru ini.

https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anugerah berkenaan diterima berasaskan pelaksanaan inisiatif dalam program produktiviti yang meningkatkan keupayaan dan ekonomi bumiputra melalui Skim Peningkatan Produktiviti Enterpris (SPPE).

Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata inisiatif berkenaan akan sentiasa dipergiat bagi membantu usahawan tempatan terutama bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing syarikat.

Beliau berkata misi MPC sebagai penggerak daya saing dan produktiviti ke arah  mencapai kecemerlangan melalui inovasi yang menghubungkan dengan pihak berkepentingan dan menonjolkan sistem nilai perkongsiannya.

“Dengan mengutamakan misi ini, kami sentiasa memberi keutamaan kepada syarikat PKS tempatan bagi memastikan tahap kecemerlangan perniagaan mereka sentiasa konsisten.

“Penerimaan anugerah ini menunjukkan komitmen kami untuk terus membangun bersama industri dan PKS yang terlibat melalui program SPPE. Saya percaya pengiktirafan ini jelas membuktikan lebih banyak syarikat bumiputera yang berpotensi untuk terus mencapai kejayaan dan kekal berdaya saing di peringkat global.

“Kami berbangga dan menghargai hubungan yang dibina melalui perkongsian yang telah membolehkan syarikat berjaya bersama,” katanya.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden PERDASAMA YBhg. Tan Sri Matshah Safuan.

https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

MPC melalui program Skim Peningkatan Produktiviti Enterpris (SPPE) sejak tahun 2018 sehingga 2020 telah membantu ahli PERDASAMA Selangor.

Menurut beliau, pada tahun 2018 berjumlah 9 syarikat manakala 2019 berjumlah 5 syarikat dan 2020 berjumlah 10 syarikat mengikuti program SPPE ini. Ia sememangnya dapat membantu mewujudkan persekitaran yang sistematik selain memupuk pemikiran dan budaya kreatif dikalangan pekerja,” katanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

WFTV

Recent Posts

APEC: China’s Return To The Global Supply Chains

The question to ask is whether there are one too many free trade agreements around…

4 days ago

RCEP Came At A Good Time

After the upsets with the South China Sea disputes, we now have certain normalcy, which…

4 days ago

US Popularity In The Asean region

In Vietnam, the sentiments can be different because they see the Chinese encroachments in the…

1 week ago

New Views On Asean Plus Three and China

Asean plus three is still important for the Asean but with China's dominance, so to…

1 week ago

Egypt: Climate Action Can Strengthen Long-Term Growth

The report talks a lot about climate action and highlights the increasing unpredictability of the…

2 weeks ago

Do We Know What Is In Mahathir’s Game Plan?

Mahathir now finds himself alone after botched ‘talks’ with both the Pakatan Harapan and the…

3 weeks ago